‘Ops Qaseh’ untuk selamatkan gelandangan

0

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited untuk menyela-matkan golongan gelandangan melalui ‘Ops Qaseh’, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

 “Tiada siapa yang patut tinggal di jalanan kerana ia mengundang banyak bahaya,” katanya.

Beliau berkata golongan itu seharusnya berada di rumah atau bersama keluarga.

“Di rumah, atau setidak- tidaknya, mereka boleh ting-gal di institusi saya,” kata Rohani.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara di sini semalam.

Rohani menafikan laporan beberapa media bahawa op-erasi itu sudah bermula malam kelmarin.

“Kita belum mula. Kita hendak selesaikan beberapa perkara dulu,” katanya.

Rohani berkata gelandan-gan yang ditemui semasa Ops Qaseh itu akan disar-ing, di mana penagih dadah umpamanya akan diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Mereka yang mempunyai masalah mental diserahkan kepada Kementerian Kesi-hatan dan rakyat asing pula kepada Jabatan Imigresen, kata beliau.

Bagi golongan orang tua, kanak-kanak dan orang kel-ainan upaya (OKU) pula mereka akan dibawa ke Desa Bina Diri di Sungai Buloh, Selangor untuk dikenal pasti keluarga terdekat, katanya.

“Mereka akan diberi latihan, motivasi dan kaunseling sebelum dibenarkan pulang apabila keluarga terdekat datang menuntut mereka.

“Mereka yang tidak dituntut boleh tinggal di sana sehingga tiga tahun sambil mempelajari pelbagai perkara,” katanya.

Rohani berkata ramai dari-pada mereka yang tinggal di jalanan mempunyai kerja, namun tidak mampu untuk mendapatkan tempat tinggal.

“Kami rujuk mereka kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan Kemente-rian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tem-patan untuk bantu mereka,” katanya. — Bernama