Rumah sementara akan dibina demi kebajikan veteran tentera

0

KUALA LUMPUR: Terda-pat keperluan mewujudkan rumah-rumah sementara khusus untuk menjaga kebajikan veteran tentera yang tidak mempunyai keluarga, sakit atau kini menjadi Orang Kurang Upaya (OKU), kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan kemente-rian bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Persatuan Veteran Angka-tan Tentera Malaysia (PV- ATM).

Beliau berkata kemuda-han itu akan dibina secepat mungkin setelah mendapat kelulusan kementerian.

“Inisiatif ini bertujuan membela nasib serta menjaga kebajikan veteran tentera yang banyak berjasa ke-pada negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada veteran tentera OKU di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini semalam.

Abdul Rahim membay-angkan inisiatif itu bakal dilaksana dengan berkonsep-kan ‘old folks home’ dengan kemudahan perubatan dan sebagainya.

Abdul Rahim mengang-garkan 20 peratus daripada 300,000 veteran tentera di seluruh negara tergolong dalam kategori memerlukan bantuan yang dimaksudkan.

Menurutnya, tempat ting-gal sementara itu mungkin boleh dibina di kem-kem tentera yang mempunyai ka-wasan tanah yang luas seperti di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Presiden PV-ATM Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata pihaknya akan mengemu-kakan cadangan pembinaan kemudahan seumpama itu secara rasmi kepada Ke-menterian Pertahanan.

Turut hadir Ketua Pengarah JHEV Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Daud. — Bernama