Cedera angkara orang lain cuai

0

KUCHING: Gara-gara kecuaian orang lain, seorang wanita terpaksa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan yang dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar jam 9 pagi semalam.

Menurut sumber, mangsa, 20-an, yang berasal dari Kampung Tabuan Melayu dikatakan menunggang motosikal menuju ke Tabuan Jaya apabila sebuah kereta dikatakan meluru masuk ke sebuah simpang lalu melanggar mangsa.

Ekoran pelanggaran tersebut, mangsa dikatakan tercampak dari atas motosikalnya sehingga menyebabkan kecederaan di muka dan tangan.

Orang awam yang melihat kejadian tersebut segera membantu mangsa seterusnya menghantarnya ke HUS untuk rawatan lanjut.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di HUS.