Orang ramai dirayu bantu cari Lim Ai Na

0

LIM AI NA

KUCHING: “Saya akan tidur di rumah kawan saya malam ini kerana kami perlu menyiapkan ‘folio.’ Cikgu mahu kami menaipnya menggunakan komputer dan ia perlu dihantar esok. Saya akan ke sekolah bersama Ling Sing esok. Ibu tak payah risau.”

Itulah sistem pesanan ring-kas (SMS) terakhir yang diterima Cynthia Simen, ibu kepada Lim Ai Na, 14, pada petang Khamis, 10 Julai, pelajar tingkatan dua yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga semalam.

Inginkan kepastian, Cynthia cuba menghubungi Ai Na menerusi telefon bimbitnya tetapi anak gadisnya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen No.1 di sini gagal dihubungi sehingga semalam.

“Saya sangat bimbang den-gan keadaannya kerana se-lama ini Ai Na tidak pernah keluar rumah bersendirian dan tidak pernah menimbul-kan masalah. Jadi saya dan suami pergi ke sekolah pada keesokan harinya, niat mahu berjumpa dengannya tetapi dia tidak ke sekolah.

“Kami bertanya kepada kawan dan guru kelasnya jika ada pelajar sekelasnya berna-ma Ling Sing, tetapi mereka memberitahu nama itu tidak wujud,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini semalam.

Pada sidang media itu, Cynthia ditemani suaminya Lim Heng Boon dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Chris-tina Chiew.

Menurut Cynthia, pada pagi Khamis, 10 Julai lepas Ai Na pergi ke sekolah seperti biasa, bagaimanapun beliau dimaklumkan oleh pemandu van yang biasa dinaiki anak bongsunya itu bahawa Ai Na ada menghubunginya untuk memaklumkan dia tidak menaiki van, sebaliknya akan ke sekolah bersama kawan.

Cynthia juga memberitahu, hasil pertemuan dengan guru kelas anaknya, Ai Na didapati beberapa kali tidak ke sekolah terutama pada bulan Jun dan awal Julai.

“Kami diberitahu Ai Na tidak datang ke sekolah pada 10, 19, 26, 27 Jun dan 1 Julai tetapi peliknya dia bersiap untuk ke sekolah setiap hari dan kami tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai perkara itu,” jelas Cynthia yang jelas sugul serta bingung dengan kehilangan anaknya itu.

Cynthia dan suami kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kota Padawan pada 11 Julai 2014, selain meminta syarikat telekomunikasi mengeluarkan rekod panggilan dibuat ana-knya itu sebelum dia gagal dihubungi.

Bagaimanapun, syarikat telekomunikasi berkenaan enggan mendedahkannya dengan alasan rekod pang-gilan serta SMS hanya boleh diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Chiew mem-beritahu Pengerusi DAP negeri yang juga Ahli Parli-men Bandar Kuching Chong Chieng Jen telah menghantar surat rasmi kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan pada 12 Julai 2014 menggesa siasatan segera dilakukan.

Chong, kata Chiew ,turut menulis surat kepada syarikat telekomunikasi terbabit menggesa mereka membantu polis menyelesaikan masalah itu.

“Orang ramai yang tahu di mana Lim Ai Na diharap dapat menghubungi terus ibunya (Cynthia) di talian 010-9723628 atau bapan-ya (Lim Heng Boon) 019-8681399 atau memaklumkan kepada polis dengan segera,” katanya.