Dadah: Tiga pondan antara dicekup polis

0

DIBERKAS: Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri sebaik tangkapan pagi semalam.

 MIRI: Tiga pondan dan seorang wanita antara lima individu yang diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di sini pagi semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Kesemua suspek yang berusia antara 20 dan 26 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut ber­hubung kes tersebut.

Terdahulu, menurut sum­ber, bertindak atas maklu­mat diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri yang diketuai Subinspektor Bakar Drahman telah menyerbu sebuah bilik di hotel berkenaan yang terletak di Jalan Bendahara di sini.

Dalam serbuan sekitar jam 10.35 pagi itu, polis telah me­nahan empat lelaki termasuk tiga pondan dan seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Polis yang membuat ujian saringan awal ke atas spesimen air kencing kesemua suspek mendapati hasilnya masing-mas­ing menunjukkan kesan positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Berikutan itu, semua suspek telah ditangkap untuk disoal siasat lanjut mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.