Malaysia tuan rumah sulung SOUFWC 2014

0

SOUFWC: Dr Peter (kiri), Fatimah dan Steven pada sidang media di Kuching.

KUCHING: Malaysia menjadi tuan rumah sulung Sukan Olimpik Is­timewa Piala Dunia Bola Sepak Bersatu (SOUFWC) Malaysia 2014 bakal ber­langsung pada 2 hingga 15 November depan dengan penyertaan sebanyak 25 buah negara seluruh dunia.

Negara-negara tersebut adalah Afrika Selatan, Cote d’ Ivoire, Tanzania, Libya, Serbia, Ro­mania, Slovakia, Perancis, Rusia, Poland, Malaysia, Korea, China, Thailand, Bangladesh dan Saudi Arabia.

Naib Presiden Ol­impik Istimewa Piala Dunia Bola Sepak Bersatu (SOUFWC) Malaysia 2014, Datuk Dr Peter Velappan berkata, beliau ber­besar hati kerana Ma­laysia terpilih sebagai tuan rumah selepas memenangi bidaan ber­sama Chile.

Keputusan itu dibuat pada November tahun lalu selepas Brazil menyatakan keputusan untuk mengundurkan diri daripada menjadi tuan rumah.

Brazil menarik diri atas sebab yang tidak diketahui, tetapi kemudian ber­depan dengan pesaing dari Chile tetapi Malaysia berjaya memenangi bidaan berkenaan.

Menurut Peter, Sukan Olimpik Is­timewa berbeza daripada Paralimpik kerana ia merupakan landasan bagi atlet-atlet kurang upaya intelek bersaing sedangkan paralimpik adalah atlet yang mempunyai kecacatan anggota.

“Mereka yang tergolong dalam kategori kurang upaya intelek adalah pesakit Autisme, Serebelum Palsy dan terencat akal.

“Orang selalu bertanya bagaimana orang gila boleh main bola, mereka sebenarnya normal mereka boleh me­nanduk dan menjaringkan bola seperti orang normal.

“Ramai ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka yang mengalami kekurangan keupayaan intelek bergaul dan mengurung mereka.

“Kita membawa tiga peratus daripada populasi dunia mempunyai kekurangan keupayaan intelek untuk merasai ber­main bola sepak seperti mereka yang normal,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, sukan bola sepak memberi suatu kepuasan luar biasa sedangkan banyak syarikat hari ini turut memberi peluang pekerjaan kepada mereka untuk menjadi lebih berdikari.

Para atlet hendaklah berumur di antara 18 hingga 25 tahun dengan enam daripadanya adalah atlet dan lima lagi merupakan rakan kongsi di dalam se­tiap pasukan.

Cabutan undi perlawanan akan diad­akan pada 21 Ogos ini di ibu negara dan enam lokasi terpilih seluruh negara iaitu Sarawak, Sabah, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Pihaknya turut menyediakan hiburan sambil bersukan dengan menjemput nama ternama dunia dalam dunia bola sepak seperti Nakata (Jepun), Ziko (Brazil) dan Romario serta penghibur Yau Meng.

Turut hadir Menteri Kebajikan Wan­ita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah disertai Pengarah Kejohanan Ketua Perkhidmatan Te­knikal SOUFWC dan Presiden Olimpik Istimewa Cawangan Kuching, Datin Dr Dayang Mariani Abang Zen.