Albion tertarik dengan Ideye

0

LONDON, England: West Bromwich Albion membuat bayaran rekod kelab untuk menandatangani penyerang Nigeria Brown Ideye dari Dynamo Kiev pada Jumaat lepas.

Ideye, 25, menandatangani kontrak selama tiga tahun, dengan pilihan bagi tahun keempat, bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas bersetuju untuk meninggalkan kelab Ukraine tersebut.

Beliau pindah ke stadium Hawthorns bagi jumlah bayaran yang tidak didedahkan melebihi jumlah yang dibayar bagi Stephane Sessegnon ketika pemain tengah itu berpindah dari Sunderland pada tahun lepas.

“Albion telah menandatangani penyerang antarabangsa Nigeria Brown Ideye dari Dynamo Kiev dengan bayaran perpindahan rekod kelab,” satu kenyataan dalam laman sesawang kelab menyebut.

Ketua jurulatih Albion, Alan Irvine percaya Ideye memiliki semua sifat yang diperlukan untuk berjaya dalam Liga Perdana.

“Brown merupakan seorang penyerang berkualiti dan saya mengalu-alukan kesempatan untuk bekerja dengannya,” katanya. — AFP