Atlet paralimpik jalani latihan selepas Hari Raya

0

KUCHING: Atlet paralimpik Sarawak menyasarkan merangkul gelaran juara keseluruhan untuk kali ke-11 pada Kejohanan Sukan Paralimpik SUKMA di Perlis.

Kejohanan Sukan Paralimpik Malaysia menyaksikan Sarawak muncul kontinjen paling banyak memenangi gelaran dengan 10 kejuaraan sebelum ini.

Sarawak juga merupakan juara bertahan selepas menang untuk kali ke-10 di Kuantan dua tahun lalu.

Kontinjen paralimpik Sarawak diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri.

Pengarah Belia dan Sukan Negeri, Abdul Haris Ishak berkata atlet-atlet paralimpik Sarawak akan memulakan latihan pusat pada 12 Ogos depan.

“Latihan pusat ini berlangsung di kompleks JBS. Mereka dijadualkan mengikuti latihan puasa kira-kira seminggu,” katanya.

Beliau menjelaskan, Sarawak mengambil bahagian dalam enam sukan merangkumi renang, olahraga, angkat berat, badminton, boling padang dan pingpong.

“Kita memang menaruh harapan tinggi dalam olahraga dan renang tahun ini dan yakin peluang untuk menang,” ujarnya.

Sarawak bagaimanapun tidak beraksi dalam sukan bola keranjang berkerusi roda dan tenis tahun ini.