Hii menangi hadiah utama teka juara Piala Dunia Brazil 2014

0

SIBU: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Dengan menghantar satu penyertaan sahaja, mekanik penyaman udara, Hii Kiing Ping berjaya memenangi hadiah utama Meneka Juara FIFA Piala Dunia Brazil 2014 anjuran Bamboo House, Hotel Premier.

Hii yang meneka Jerman memenangi Piala Dunia 2014 memenangi hadiah berupa pakej pelancongan ke Kuala Lumpur selama tiga hari dua malam dan penginapan hotel bertaraf tiga bintang untuk dua orang.

Kira-kira 50 penyertaan daripada 1,000 penyertaan meneka betul bahawa Jerman menjuarai Piala Dunia Brazil 2014.

“Saya dikira bertuah kerana hanya menghantar satu penyertaan sahaja, tetapi memenangi hadiah utama,” katanya ditemui pada majlis penyampaian hadiah, di sini petang kelmarin.

Seramai 23 pemenang hadiah sagu hati mendapat hadiah berupa penginapan di Hotel Premier, jersi berjenama, beg galas dan bola sepak.

Mereka adalah Maricati Ibrahim, Ali Mat, Queenie Hii, Rosmawaty Yusuf, Samini Salman, Lau Chui Ing, Lau Siah Hoon, Senary Herawaty Zaman, Wan Othman Wan Ghazi, Andy Lau dan Akira Natasha Rosmadi Chen.

Pemenang sagu hati lain ialah Ting Kee San, Sharifah Delaila Wan Abdillah, Hii Chew Kiong, Ngu Tai Hock, Rickealson Gumang, Abdul Rahim Abdul Jalil, Juita Pawi, Dato Kapten Muhd Arif Stephen, Tang Siong Sing, Abang Mohd Murni Sulman, Sharifah Lailatul Mubarakah Wan Lili dan Dg. Mazlinawaty Mokbul.

Peraduan Meneka Juara Piala Dunia Brazil 2014 terbuka kepada pelanggan membuat pembelian RM50 dalam satu resit bermula 12 tengah malam dari 13 Jun hingga 14 Julai layak mendapat kupon cabutan bertuah untuk meneka juara.