Pelajar dirogol bekas guru

1

SARIKEI: Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang merupakan bekas gurunya.

Berdasarkan siasatan awal, suspek yang berusia 34 tahun pernah menjadi guru mangsa di ketika di sekolah rendah dan kini suspek bertugas sebagai Penolong Penyelia Unit Kokurikulum di Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei.

Menurut mangsa, dia dipaksa oleh suspek mengadakan hubungan seks sebanyak enam kali sejak 2012 dan kali terakhir pada Tahun Baharu Cina lalu.

Pada Oktober 2013, lebih kurang jam 10 malam mangsa diajak suspek pergi ke sebuah rumah rakannya di Jalan Lajung di sini.

Suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik di rumah terbabit.

Pada Januari 2014, mangsa menyedari dirinya telah mengandung dan memberitahu perkara tersebut kepada suspek.

Namun, suspek mengarahkan mangsa menggugurkan kandungannya.

Mangsa yang kini mengandung hampir lapan bulan tidak bersetuju dengan tindakan suspek tampil membuat laporan polis.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) dan suspek ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mangsa turut dibawa ke Hospital Sarikei untuk menjalani pemeriksaan.