KPDNKK jamin bekalan minyak masak mencukupi

0

BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan bekalan minyak masak adalah mencukupi di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata orang ramai tidak  perlu bimbang kerana bekalan bahan mentah itu mencukupi untuk kegunaan pada hari raya  nanti.

“KPDNKK juga ada menambah 10 peratus lagi bekalan minyak masak kepada pemborong sebagai persedia-an sempena musim perayaan ini. Waktu mula-mula Ra-madan dulu ada belian panik itu yang tidak cukup tetapi  masalah dapat diatasi dan bekalan adalah mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pemborong Ban Chuan Huat Sdn Bhd di sini semalam.

Sementara itu dalam lawatannya ke Pasar Awam Bagan Ajam pagi tadi beliau mahu kerjasama orang ramai untuk membuat pemantauan harga bagi 18 barangan terkawal sempena  sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata kerjasama itu penting dalam usaha kementerian untuk memastikan  tidak ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Skim kawalan harga ini berlangsung selama 17 hari bermula semalam dan ber-akhir 5 Ogos depan, jadi kita mahu kerjasama orang ramai juga untuk melaporkan sekiranya terdapat  peniaga-peniaga yang engkar,” kata-nya yang turut melancarkan Skim Kawalan Harga Musim  Perayaan Hari Raya Puasa (SKHMPHRP).

Skim kawalan harga musim perayaan Aidilfitri membabitkan 18 barangan, diwujudkan  sejak tahun 2002 dan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ber-tujuan sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan pada musim  perayaan.

Antara barangan berke-naan adalah ayam, daging lembu tempatan dan import, cili  merah, tomato, bawang kecil, bawang besar, bawang putih, kentang dan kelapa. — Bernama