Lelaki maut kenderaan terhumban ke ladang sawit

0

REMUK: Pacuan empat roda terperosok di bawah pohon kelapa sawit di ladang berkenaan menyebabkan mangsa maut.

BINTULU: Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Bintulu-Miri pagi semalam.

Mangsa dikenali Kiung Choi Chin, 41, maut di tempat kejadian dan hanya disedari pekerja ladang yang lalu di kawasan terbabit sekitar jam 12 tengah hari.

Sejurus itu, pekerja ladang berkenaan menghubungi polis bagi melakukan siasatan ke atas kenderaan pacuan empat roda yang terhumban ke dalam salah sebuah ladang kelapa sawit di tepi jalan berkenaan.

Sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati mangsa masih tersepit di dalam kenderaan yang dinaikinya dengan keadaan kenderaan remuk di bahagian hadapan dan tengah.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi siasatan dan bedah siasat dilakukan.