Lelaki diheret beberapa meter selamatkan beg diragut

0

KUCHING: Beg sandang diragut, seorang lelaki yang baharu selesai makan malam diheret beberapa meter menyebabkan kecederaan di lengan serta badannya kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 20-an semasa kejadian bersama seorang ka-wannya berjalan kaki menuju ke asrama kolej mereka di BDC di sini iaitu sekitar jam 7.30 malam.

Difahamkan, mereka telah didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal.

“Mereka (suspek) mulanya bertanyakan mancis sebelum seorang daripada mereka ber-tindak meragut beg sandang mangsa menyebabkan dia di-heret beberapa meter sebelum tali beg tersebut terputus,” kata sumber.

Rakan mangsa juga dilapor-kan mengalami kecederaan di dagunya kerana turut terjatuh semasa cuba menyelamatkan mangsa.

Barang yang dilaporkan terkandung di dalam beg sandang mangsa hanyalah pengecas telefon bimbit dan kad pelajar.

Mangsa dan rakannya te-lah membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum mereka dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.