Lapan pasukan sertai bola tampar Sarawak

0

 

KUCHING: Lapan pasukan lelaki mengesahkan penyer­taan pada Kejohanan Bola Tampar Antara Bahagian Sarawak yang akan berlang­sung dari 26 hingga 28 Julai di Sibu.

Kejohanan anjuran bersa­ma Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA) dan Persat­uan Bola Tampar Bahagian Sibu itu bertujuan memilih pemain untuk Sarawak pada kejohana peringkat kebang­saan di Shah Alam, Selangor pada 20-24 Ogos depan.

Sarawak muncul juara dalam kategori wanita dan manakala pasukan lelaki menduduki tempat keem­pat pada kejohanan tahun lepas.

Ketua Jurulatih SAVA Moh Wung Ming melahir­kan rasa gembira dengan sambutan yang diberikan terhadap kejohanan tersebut di mana pasukan Bintulu tu­rut menghantar penyertaan kali ini.

“Kita sangat gembira me­lihat penyertaan yang ramai pada edisi kali ini. Pihak SAVA juga merakamkan terima kasih kepada semua ahli gabungan yang te­lah menunjukkan sokongan dengan menghantar penyer­taan pada kejohanan ini.

“Ini akan memudahkan kita memilih dan melatih pemain berpotensi untuk bertanding dan memper­olehi keputusan lebih baik pada kejohanan peringkat kebangsaan nanti,” ka­tanya.

Pasukan yang bertanding bagi kategori lelaki akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana juara bertahan Sibu A, Kuching, Miri dan Limbang diundi dalam Kumpulan A.

Manakala Mukah, Mera­dong, Bintulu dan Sibu B akan bertarung dalam Kumpulan B.

Bagi merancakkan ke­johanan, penganjur turut mengadakan perlawanan demonstrasi oleh pemain wanita yang telah dipilih.