MLS: Dynamo jual Warren, Beasley dibawa masuk

0

HOUSTON, Texas: Pemain per­tahanan AS DaMarcus Beasley, yang pada bulan lepas menjadi pemain Amerika pertama yang bermain dalam empat kejo­hanan Piala Dunia, telah me­nandatangani kontrak dengan Houston Dynamo, pasukan Liga Bola Sepak Utama (MLS) itu men­gumumkan pada Rabu lepas.

Dynamo pula menjual Warren Creaville kepada Toronto pada Rabu lepas untuk mendapatkan hak bagi menandatangani Bea­sley yang memulakan kesemua empat perlawanan di Brazil un­tuk skuad Piala Dunia AS bimb­ingan Jurgen Klinsmann.

“DaMarcus memiliki karier yang hebat, seperti apa yang kita lihat di kejohanan Piala Dunia,” kata jurulatih Dynamo, Dom Kinnear. “Untuk membawa masuk pemain berkualiti seper­tinya adalah satu perkara yang begitu positif bagi pasukan.”

Beasley sudah 120 kali ber­main mewakili negara dan melakukan penampilan dalam 11 perlawanan Piala Dunia.

“Saya teruja dan bersedia untuk memulakan lembaran baharu ini dalam karier saya,” kata Beasley. “Saya rasa cergas dan bersedia untuk bermain dan berharap Dom akan melihat keinginan dan etika kerja saya untuk bermain pada peringkat tertinggi.”

Beasley, 32, menghabiskan tiga musim lalu bersama Pue­bla dalam liga Mexico tetapi pasukan lain yang pernah di­wakilinya termasuk Hannover, Rangers, Manchester City, PSV Eindhoven dan Chicago.

“Saya amat gembira kerana DaMarcus akan menyertai kelab kami,” kata presiden Dynamo, Chris Canetti. “Ia adalah men­gujakan untuk memiliki seorang pemain dengan tauliah yang be­gitu cemerlang di sini bersama kami.” — AFP