Pemilik diminta tuntut dua buah beg bagasi

0

SIBU: Seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Pang menyeru kepada sesiapa yang pernah kehilangan dua buah beg bagasi agar merujuk kepada beliau.

Menurut Pang, beliau menemui beg berkenaan ketika dia dan isterinya pulang dari keluar makan malam bersama kawan-kawannya.

Beliau menjumpai beg-beg berkenaan pada hari Ahad minggu lalu sekitar jam 11.30 malam ketika melalui Jalan Alan di sini.

Isteri Pang yang terlihat beg berkenaan di tepi jalan (berdekatan menara telekom) terus meminta suaminya berhenti sebelum membawanya ke rumah.

Menurutnya, di atas beg itu terdapat tulisan tempat bernama ‘Pontianak.’

Kata Pang lagi, pada mulanya dia dan isterinya berhasrat menyerahkan beg berkenaan kepada pihak polis, namun membatalkan niat mereka.

Justeru, kepada sesiapa yang pernah kehilangan dua buah beg bagasi yang mempunyai tulisan ‘Pontianak’ di atasnya, sila hubungi segera Pang menerusi talian 019-8891516 bagi menuntut beg tersebut.