Pencuri tertinggal pistol dalam van

0

KUCHING: Sepucuk pistol jenis 0.38 berisi dua butir peluru hidup ditemui di dalam sebuah van yang berjaya ditemui semula selepas dilaporkan hilang barubaru ini.

Pistol itu ditemui pekerja pusat cuci kereta di Jalan Foochow, apabila pemilik van berkenaan menghantar kenderaan itu ke premis berkenaan untuk dicuci, petang kelmarin.

Menurut sumber, pekerja pusat cuci kereta itu menemui pistol berkenaan di bawah kerusi van terbabit.

Sumber turut memberitahu, van berkenaan dilaporkan hilang pada 6 Julai lalu namun berjaya ditemui sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Van itu kemudiannya diserahkan semula kepada pemilik dalam beberapa hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Entusa Imam ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut.

Katanya polis masih mengesan pemilik pistol itu dan siasatan sedang dijalankan.