Berpantang maut sebelum ajal

0

MIRI: Sekeluarga nyaris maut setelah kereta Proton Saga dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Bakam berhampiran Kampung Ra’an di sini awal pagi semalam.

Menurut sumber, sebelum kejadian yang berlaku sekitar jam 6 pagi itu, keluarga terbabit yang tidak dapat dipastikan berapa jumlahnya sedang dalam perjalanan dari Bekenu ke Limbang.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan tersadai di kawasan semak.

Semua mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.