Francis Harden serikan rumah terbuka ketua masyarakat Sri Aman

0

TETAMU ISTIMEWA: Harden (duduk, dua kanan) dan rombongan merakam kenangan di rumah Zainal Abidin (duduk kanan).

ALBUM: Rombongan Francia Harden (duduk tengah) bergambar di rumah Mazelan (duduk, dua kiri).

WARNA-WARNI RAYA: Francis Harden (duduk, empat kiri) bergambar bersama tetamu di rumah Jamali.

 

 

Oleh Kelvin Lambai //

MENTERI Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang , Datuk Francis Harden Hollis telah mengadakan kunjungan pada majlis rumah terbuka Hari Raya ketua-ketua masyarakat di kawasan DUN Simanggang di Sri Aman.

Antara rumah-rumah yang sempat beliau kunjungi ialah Ketua Kampung Jolly Rambli, Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim, Kaunselor Mostapha Tugo, Ketua Kampung Li Suhai dan Ketua Kampung Jamali Edi.

Selain itu, beliau turut berkunjung ke majlis rumah terbuka Ketua Kampung Sherkawi Morshidi, Ketua Kampung Mazelan Ani, Ketua Kampung Mohamad Serkawi serta Pengerusi Surau An-Nur, Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Saraie Abdul Rahim.

Pada sebelah petang, beliau mengadakan kunjungan ke rumah-rumah Ketua Kampung Morshidi Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Harmoni (Melayu) Zainal Abidin dan Pengerusi JKKK (Melayu) Alhias Muhi.

Turut mengiringi beliau semasa kunjungan berkenaan ialah isteri Datin Simba Nallang, Pembantu Pembangunan Masyarakat di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman Kelvin Lambai, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang Patrick Micheal Dian, Ketua Wanita SUPP Simanggang Ling Siew Hung, Temenggung Sii Toh Peng serta Kapitan Kuek Aik Seng.