Koeman pinjam pemain pertahanan kiri Mourinho

0

SOUTHAMPTON: Pemain pertahanan kiri Chelsea Ryan Bertrand telah bersetuju untuk menjadi pemain pinjaman sepanjang musim bersama Southampton, kelab pantai selatan England itu mengesahkan Rabu lepas.

Bertrand sudah bersama Chelsea sejak 2006 tetapi mendapati peluang untuk beraksi adalah kurang dan menghabiskan musim lepas sebagai pemain pinjaman di Aston Villa.

“Bagi saya secara peribadi, ini adalah satu lagi peluang untuk bermain dan peluang untuk menyertai sebuah kelab hebat yang bergerak ke arah yang betul,” kata Bertrand.

Southampton dipercayai memiliki pilihan untuk membeli pemain Inggeris berusia 24 tahun itu pada musim panas seterusnya.

Pengurus Ronald Koeman menambah: “Saya sangat gembira kerana dapat membawa masuk Ryan.

Beliau seorang pemain hebat yang akan membawa kualiti yang tinggi kepada pasukan.

Beliau memiliki pengalaman pada peringkat tertinggi dan merupakan seorang pemain yang mengujakan dan suka menyerang, sesuatu yang saya suka lihat pada pemain pertahanan.

” Southampton telah menyaksikan beberapa pemain meninggalkan kelab Liga Perdana sejak mereka menduduki tempat kelapan dalam liga pada musim lepas.

Adam Lallana, Rickie Lambert dan Dejan Lovren sudah berhijrah ke Liverpool manakala Calum Chambers pula menyertai Arsenal.

Bertrand dijangka akan mengisi tempat Luke Shaw di pertahanan kiri ekoran perpindahannya ke Manchester United. — AFP