Hujan lebat bagai rahmat bagi penduduk Saratok

0

Oleh Kepu Sidi

BEROPERASI SEMULA: Loji Perawatan Air Bersih Nanga Lichok dijangka akan memulakan operasi menyalurkan air kepada penduduk malam tadi.

SARATOK: Hujan lebat pada jam 1 pagi semalam yang membasahi bumi Saratok serta sekitarnya umpama satu rahmat bagi masyarakat di kawasan terbabit setelah hampir dua minggu berha-dapan dengan krisis air.

Pemangku Pegawai Daerah Saratok Laga Kueh berkata, hujan lebat telah menyebabkan paras air Sungai Seblak yang menjadi sumber membeka-lkan air mentah kepada Loji Perawatan Air Bersih Nanga Lichok meningkat.

“Jika kelmarin (Khamis), air sungai yang menjadi sumber air mentah kepada loji ini berada pada paras kritikal, tetapi berikutan hujan yang turun pada awal pagi tadi (semalam), paras air di sungai terbabit telah naik kepada ketinggian 13 kaki setakat jam 11 pagi tadi (semalam).

“Berdasarkan situasi terse-but, loji ini dapat beroperasi seperti biasa dan air telahpun mulai dipam serta diproses sebelum ia diagihkan kepada penduduk seperti biasa pada malam ini (malam tadi).

“Dengan kapasiti air ini, ia dijangka mampu menampung keperluan penduduk untuk tempoh satu minggu sekiranya cuaca panas dan kering ini masih berterusan,” kata Laga ketika dihubungi media untuk mengulas mengenai krisis air yang melanda kawasan Saratok dan sekitarnya, semalam.

Justeru, kata Laga, diharap masyarakat dapat menggu-nakan air yang disalurkan dengan berhemah serta tidak melakukan penggunaan panik kerana tindakan sedemikian boleh memburukkan lagi keadaan.

Sementara itu, Ahli Parli-men Saratok Tan Sri William Mawan Ikom yang dihubungi berkata, sungguhpun hujan telah turun dan membolehkan loji Nanga Lichok beroperasi seperti biasa, namun usaha untuk mengagihkan bekalan air bersih kepada penduduk tetap akan diteruskan.

“Usaha pengagihan ini akan diteruskan terutamanya di kawasan yang belum mempu-nyai kemudahan pembekalan air terawat dan bergantung kepada air tadahan hujan, air telaga atau air sungai.

“Langkah berjaga-jaga ini akan diteruskan hingga kead-aan menjadi pulih pada tahap yang memuaskan.

“Pada masa ini, pihak kita turut mengarahkan pihak yang berkaitan mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya dalam menghadapi fenomena El Nino yang dijangka melanda sehingga ke bulan September akan datang.

“Dalam persediaan untuk berhadapan dengan situasi berkenaan, kita telah menye-diakan pelan untuk meng-gunakan tongkang dan lori tangki yang berkapasiti besar untuk menghantar bekalan air kepada penduduk, khususnya yang berada di pesisir pantai, pedalaman, pinggir bandar dan bandar serta kawasan-ka-wasan lain yang terjejas,” kata Mawan.

Tambah Mawan lagi, sekiran-ya keadaan menjadi semakin teruk, kemungkinan pihaknya akan memohon bantuan dari-pada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk men-gagihkan bekalan air dengan kemudahan yang sedia ada.