Penduduk lega jerebu berkurangan

0

Oleh Borhaniza Ali Basah

HAMPIR PULIH: Setakat jam 2 petang semalam, bacaan IPU Sibu mencatat paras sederhana iaitu pada paras 55.

SIBU: Sejak seminggu lalu, hampir seluruh Sarawak dilanda jerebu yang amat membimbangkan sehingga sesetengah kawasan keadaan udaranya berada pada tahap sangat tidak sihat.

Bandar Sibu sejak beberapa hari yang lalu telah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat iaitu pada paras 110 (25 Julai) setakat jam 3 petang dan ber-tambah teruk pada 29 Julai dengan bacaan IPU 261 pada jam 12 tengah hari Selasa.

Namun semalam (1 Ogos) bacaan IPU di Sibu mula kem-bali kepada paras sederhana dengan catatan IPU 55 setakat jam 2 petang.

Keadaan ini sedikit seban-yak memberi kelegaan kepada penduduk Sibu khasnya yang mula berasa risau dengan ta-hap kualiti udara di Sibu sejak beberapa hari lalu.

Matjedi Bueng, 61, ketika ditemui di sini meluahkan kelegaan beliau terhadap keadaan jerebu di Sibu yang makin berkurangan setakat jam 1 petang semalam.

“Beberapa hari yang lalu keadaan jerebu sangat teruk, sehingga saya sendiri berasa sangat risau untuk keluar ke mana-mana.

“Namun pada hari ini (se-malam), saya berasa sangat lega kerana keadaan udara sudah hampir pulih seperti biasa walaupun masih belum kembali normal,” katanya.

Turut bersama Matjedi ketika ditemui ialah Abu Bakar Junit, 45, yang berkata hujan pada malam kelmarin memberi kesan kepada kualiti udara di Sibu untuk kembali kepada paras yang lebih baik.

“Mungkin hujan pada malam semalam (kelmarin) telah mengurangkan ma-salah jerebu pada hari ini (semalam),” kata Abu.

Tambahnya lagi, jerebu menyebabkan suasana Hari Raya Aidilfitri di sini menjadi kurang meriah apabila rata-raya penduduk khuatir keluar rumah kerana bimbangkan kesihatan diri.

“Jerebu banyak meng-ganggu suasana Hari Raya pada tahun ini kerana kami bimbang dengan kesihatan diri.

“Saudara saya ada yang menghidap penyakit asma, jadi ini sudah pasti akan menjejaskan kesihatannya jika hendak keluar melawat ahli keluarga yang lain,” tambahnya.

Bagi Razali Ali, 60, yang tinggal di Batu 6 di sini, kead-aan udara semalam memberi sedikit kelegaan kepada beliau untuk keluar menjalankan rutin hariannya.

“Setiap petang jika saya tidak membuat apa-apa, saya akan datang ke sini (waf bot ekspres Sibu) untuk me-mancing.

“Keadaaan jerebu beberapa hari lalu membuatkan saya berasa risau untuk keluar memancing, namun pada hari ini (semalam) keadaan udara sudah sedikit pulih memberi-kan sedikit kelegaan kepada saya,” ujar Razali.