Perjanjian dasar induk berhubung penstrukturan semula bekalan air di Selangor dimeterai

0

JALIN KERJASAMA: Ongkili (tiga kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Khalid (dua kanan) berhubung Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Selangor di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor semalam menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesai-an jangka panjang isu air di Selangor.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan persekutuan manakala kerajaan Selangor diwakili Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut hadir pada majlis itu beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek serta Timbalan Menteri KeTTHA Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ongkili berkata perjanjian semalam adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Feb lepas berkaitan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Sistem Agihan.

“Kebanyakan kandungan MoU yang lepas itu dipe-rincikan dalam perjanjian hari ini dan beberapa perkara penting sudah dimulakan pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata penstrukturan semula urusan peng-ambilalihan syarikat kon- sesi telah pun dimulakan dan kerajaan Selangor melalui kumpulan Darul Ehsan Berhad mengemukakan tawaran pengambilalihan kepada pemegang saham empat buah syarikat konsesi.

Empat buah syarikat konsesi itu ialah Konsortium Abbas Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH).

“Setakat ini hanya pengambilalihan SPLASH sahaja yang belum dimuktamadkan lagi,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor atas sikap ke-terbukaan, kesederhanaan dan kerjasama yang diberikan.

Kerjasama itu, kata Ongkili, membuktikan kepentingan rakyat mengatasi segalanya dan lebih penting daripada kepentingan politik.

Ongkili dan Khalid turut berkongsi kenyataan bahawa pencapaian itu terhasil susulan beberapa perbincangan antara kedua-dua pihak berasaskan kepercayaan bahawa pertimbangan politik harus diketepikan demi menyelesaikan isu bekalan air bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Sementara itu, Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaanpersekutuan dan KeTTHA yang melaksanakan peranan sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan run- dingan penstrukturan semula air di Selangor.

“Kerjasama yang diperlihatkan kesemua pihak me-nunjukkan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepen-tingan dan ideologi politik.

“Kita percaya rakyat Selangor dan Malaysia amat menghargai usaha keras yang ditunjukkan semua pihak dalam menjayakan penstrukturan semula itu,” katanya.

Jelas beliau penyelesaian secara holistik itu juga akan memberikan perkhidmatan air lebih cekap dengan kadar tarif yang munasabah dan tidak membebankan pengguna.

Ongkili berkata perjanjian semalam juga menggaris-kan tindakan penting untuk memuktamadkan pengambilalihan konsesi.

Antaranya berhubung pemindahan aset air Selangor yang tidak berkaitan dengan syarikat konsesi berjumlah RM2 bilion kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) iaitu anak syarikat milik penuh kerajaan persekutuan.

“Hasil pemindahan itu akan digunakan oleh kerajaan Sela-ngor dan KDEB untuk membiayai pengambilalihan ekuiti syarikat-syarikat konsesi ter-sebut,” katanya. — Bernama