Permintaan bekalan air makin meningkat

0

Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Cuaca panas dan kering sejak kebelakan-gan ini mengakibatkan per-mintaan bekalan air semakin meningkat.

Ekoran keadaan itu, beber-apa kawasan di seluruh negeri mengalami gangguan bekalan air, antaranya Kuching, Kota Samarahan, Jalan Puncak Borneo, Simunjan, Saratok, Betong dan kawasan-kawasan perairan Sarawak.

Tinjauan Utusan Borneo di beberapa kawasan di bandar raya ini mendapati gangguan bekalan air turut menjejaskan aktiviti harian penduduk lebih-lebih lagi masyarakat Islam yang masih menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ada di kalangan penduduk mendakwa gangguan air dan tekanan air rendah di kawasan kediaman mereka bukan ba-haru berlaku semalam, malah mula terjejas sejak bulan Ramadan lagi.

Penduduk Bandar Baru Samariang di sini, Mohd Dzulkarnaen Rezeni, 26 berkata, dia terpaksa mem-beli tong air dan bekalan air mineral di kedai berham-piran untuk simpanan harian sekiranya bekalan air terputus secara tiba-tiba.

“Masalah air ini menyu-karkan aktiviti harian kami sekeluarga lebih-lebih lagi masih menyambut Hari Raya. Tekanan air yang rendah memaksa saya mengambil langkah awal untuk membeli air mineral dan tong air se-bagai simpanan bekalan untuk kegunaan harian.

“Air masih ada cuma ia keluar sedikit melalui paip rumah,” katanya kepada pemberita.

Selain itu, jelasnya, dia se-dar masalah air itu berpunca dari musim kemarau yang berlaku akhir-akhir ini.

Turut meluahkan perasaan sama, Abdul Samat Mat-erang, 52, yang melahirkan harapan agar masalah itu dapat dibendung segera bagi mengelak kesulitan kepada pengguna.

“Kami mengadakan majlis tahlil arwah beberapa hari lalu dan sejak hari itu, saya menyedari keadaan air mulai terganggu di kawasan kedia-man kami apabila air kelihatan keluar sedikit sahaja menerusi saluran paip dan ia berwarna kekuningan.

“Saya berharap pihak ber-tanggungjawab dapat men-gatasi masalah air ini dengan segera lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas ketika ini,” katanya.

Sementara itu, seorang ju-rukira sebuah kedai serbaneka 24 jam di Padungan, Izizianu-reen Azim Iskandarshah, 22, berkata, jualan air mineral dan air minuman di kedai tersebut agak laris sejak awal Ramadan lepas.

“Saya akui musim panas dan kering ini menyebab-kan jualan air mineral dan air minuman kosong di sini agak laris berbanding waktu yang lain.

“Kebanyakan pelanggan yang datang akan membeli dalam tiga botol besar 1.5 liter air mineral setiap seorang hampir setiap hari.

“Ada juga di antara mereka membeli air mineral secara berkotak dan dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Jelas Izizianureen lagi, keadaan itu bagaimanapun tidak dilihat sebagai kesempa-tan kepada pemilik kedai atau pasar raya untuk menaikkan harga air mineral sewenang-wenangnya.

Bekalan air mineral dan air minuman di pasar raya dan kedai runcit di sekitar bandar Kuching masih mencukupi untuk orang ramai dan dijual pada harga sama dengan harga semasa.