‘Street Party 916’ menjanjikan persembahan hiburan hebat

0

MIRI: Konsert ambang sambutan Hari Malaysia, ‘Street Party 916’ menjan-jikan persembahan hiburan lebih hebat melibatkan artis dan DJ popular tempatan dan antarabangsa.

Aktiviti kali kelima itu akan diadakan di tempat sama iaitu di Jalan Sehati, laluan hadapan Hotel Imperial Palace.

Pengerusi Bersama Jawa-tankuasa Penganjur Kaun-selor Keith Chin memberi-tahu, konsert akan diadakan pada 15 September dari jam 6.30 petang hingga 1.30 pagi.

“Selain berhibur bersama artis dan DJ jemputan, kita juga akan menganjurkan pertandingan ‘Street Dance’ bertujuan untuk mengajak ra-mai belia di sini dan luar Miri terlibat dalam aktiviti kita,” jelas beliau semalam.

Pengerusi Bersama Jawa-tankuasa Penganjur James Ling pula berkata, pengan-juran pelbagai aktiviti samp-ingan untuk belia juga di-harap akan menarik perhatian mereka untuk berkumpul dan meraikan bersama sambutan Hari Malaysia.

Datuk Bandar, Lawrence Lai yang juga penasihat program itu berterima kasih kepada Kumpulan Syarikat Hotel Imperial atas ker-jasama mereka menjayakan konsert tersebut sejak tahun lalu.

“Ini adalah kerjasama kali kedua antara Majlis Bandaraya Miri dan pihak ho-tel Imperial. Pada tahun lalu, seramai 10,000 telah hadir dan kita berharap kehadiran seramai 20,000 orang pada tahun ini,” jelasnya.

Aktiviti turut dianjurkan bersama oleh Kelab Sukan Shin Yang.