Tradisi rumah terbuka perayaan perlu dikekal

0

BETONG: Tradisi rumah terbuka sempena perayaan perlu dikekalkan untuk mengukuhkan perpaduan dan persefahaman pelbagai kaum.

Kaunselor Kaum Melayu Betong Mohamad Rajuna Omar berkata, setiap kaum di negara ini menyambut perayaan masing-masing dengan penuh adat tradisi.

“Kita amat bertuah kerana masih dikurniakan keadaan aman. Keadaan ini sukar diwujudkan di tempat lain apabila antara kaum berte-lagah.

“Bagi kita di sini, pelbagai kaum sangat akrab dan saling hormat-menghormati serta hidup dalam tolarensi dan sentiasa berpegang kepada nilai murni.

“Tidak sekadar itu, kita dapat duduk semeja makan dan minum serta tinggal se-bumbung walaupun berlainan agama dan adat resam serta budaya,” ujarnya.

Beliau ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjur-kan oleh beliau di rumahnya di Kampung Tengah di sini, kelmarin.

Rajuna berkata, majlis rumah terbuka boleh menger-atkan hubungan baik antara rakan pelbagai kaum yang ha-dir serta semangat perpaduan dapat dikekalkan.

“Sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung sambil memberi ucapan selamat dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

“Walaupun ada antara rakan yang hadir berlainan bangsa dan agama tetapi kita tetap dapat merayakan ber-sama sambutan Hari Raya. Malah, amalan seperti ini kita pupuk pada setiap perayaan,” ujarnya.

Majlis itu dihadiri ramai pegawai dan kakitangan kera-jaan serta penduduk sekitar. Turut hadir Pegawai Daerah Betong, Friday Belik.