Trajedi hari jadi

0

Oleh Jeremy Lanson//

Pemuda tak sempat sambut hari lahir selepas maut digilis treler.

KUCHING: Seorang pemuda tidak sempat menyambut hari lahirnya selepas dia terbunuh berikutan kecederaan parah di kepalanya akibat digilis sebuah treler di Batu 12, Jalan Kuching-Serian semalam.

Difahamkan, mangsa iaitu Ronny Atan yang genap berusia 29 tahun semalam, dikatakan dalam perjalanan menuju ke pusat bandar dengan menunggang sebuah motosikal sekitar jam 5 petang.

Bagaimanapun, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditungganginya hilang kawalan ketika dia cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta yang dikatakan tiba-tiba berhenti di hadapannya.

“Ekoran itu, motosikal mangsa dikatakan terbabas ke laluan bertentangan menyebabkan dia tercampak dari atas motosikalnya dan digilis sebuah treler yang datang dari arah hadapan menyebabkan dia maut di tempat kejadian.

“Menurut saksi, pemandu treler berkenaan mulanya berjaya mengelak dari-pada melanggar mangsa, namun dia gagal mengawal bahagian belakang treler berkenaan menyebabkan tayar belakangnya meng-gilis kepala mangsa,” kata sumber.

Mangsa yang berasal dari Kampung Pemangan Sungai Buru, Serian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Anggota polis dari Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Dae-rah (IPD) Padawan juga tiba di lokasi kejadian untuk men-jalankan siasatan.

Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan ahli keluarga mangsa juga telah dimaklumkan mengenai ke-malangan tersebut.