Warga British ditikam mati oleh orang tempatan

0

KUCHING: Dua warga British dipercayai ditikam hingga mati oleh sekumpulan lelaki tempatan di Abell Road awal pagi ini.

Kedua-dua mangsa, berusia 22 dan 23, telah ditemui terbaring di atas jalan raya pada jam 4 pagi dengan luka badan yang parah.

Mangsa dikatakan pelajar perubatan yang ditugaskan di hospital umum berdekatan.

Mangsa dipercayai sedang berjalan kembali dari Travillion ke lodge backpacker dekat Green Hill Road apabila mereka berhadapan dengan suspek yang baru pulang dari sesi minum di Batu 3.

Suspek dipercayai menyerang mangsa dengan senjata tajam sebelum melarikan diri.

Tiga daripada empat suspek telah ditahan manakala seorang lagi masih terlepas.

Senjata yang digunakan telah dijumpai.

Polis akan mengadakan sidang akhbar petang hari ini.