Pemilik butik kesihatan dan kecantikan kerugian RM1.6 juta, premis diceroboh

0

KUCHING: Seorang pemilik butik kesihatan dan kecantikan mengalami kerugian anggaran seba-nyak RM1.6 juta apabila premisnya di Jalan Sekama di sini dipecah masuk, baru-baru ini.

Insiden itu dikatakan hanya disedari pemilik, dalam lingkungan usia 20-an itu, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Pencuri difahamkan memecahkan pintu belakang kedai tersebut sebelum me-larikan ribuan botol suplemen kesihatan.

Sumber memberitahu, pencuri turut melarikan sejumlah wang tunai, komputer, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Mangsa telah membuat laporan polis dan kes itu sedang disiasat.

Ketua Polis Daerah Ku-ching ACP Roslan Bek Ahmad mengesahkan kes tersebut ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, premis berkenaan menjual suplemen kesihatan jenis placenta dan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak telah melawat tempat kejadian.

“Ada CCTV tetapi perakam CCTV dicuri dan sistem penggera keselamatan tidak meliputi bahagian pintu belakang.

“Sebanyak enam kesan cap jari berjaya ditimbulkan selain dua puntung rokok dijumpai di tempat kejadian,” katanya sambil menambah barang yang dicuri dilindungi insurans.

Dalam kes berasingan, sebuah kedai cuci kereta di Jalan Green dan kedai haiwan peliharaan di Jalan Rubber turut dipecah masuk baru-baru ini.

Pemilik kedai haiwan peliharaan menyedari premis itu dipecah masuk sekitar jam 6 pagi selepas mendapati mangga pintu telah dipotong.

Antara barangan dilarikan merangkumi wang tunai, buku cek, peralatan meman-cing serta sangkar berisi burung.

Manakala pemilik kedai cuci kereta pula menyedari insiden sama pada jam 1 pe-tang, juga selepas mendapati mangga pintu dipotong.

Pencuri dikatakan me-larikan pelbagai peralatan mencuci kereta namun jumlah kerugian belum dapat dipastikan.

Kedua-dua pemilik kedai itu telah membuat laporan untuk siasatan.