Polis berkas lelaki dan wanita, rampas dadah

0

MIRI: Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri berjaya memberkas seorang lelaki dan seorang wanita serta meram-         pas sejumlah dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Desa Pujut, Bandar Baharu Permyjaya di sini petang kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 36 dan 41 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut berhubung kes tersebut.

Terdahulu menurut sumber, bertindak atas maklumat diterima sekitar jam 3 petang 10 Ogos lalu, sepasukan polis BSJND Miri melakukan serbuan ke sebuah rumah di Desa Pujut, Bandar Baru Permyjaya di sini.

Dalam serbuan sekitar jam 3 petang itu, polis menahan pasangan terbabit untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Polis yang melakukan pemeriksaan lanjut menjumpai dua peket plastik lut sinar mengandungi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah berbahaya jenis syabu seberat 0.69 gram (berat kasar) yang disimpan di dalam laci sebuah rak televisyen di ruang tamu.

Berikutan itu, polis me-rampas peket tersebut untuk dijadikan barang kes dan kedua-dua suspek ditangkap untuk membantu siasatan.

Polis turut melakukan ujian saringan terhadap spesimen air kencing kedua-dua suspek dan hasilnya menunjukkan kesan positif dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berhubung kes tersebut.

Katanya kes disiasat meng-ikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana menggunakan dadah tanpa kebenaran pihak berkuasa.