Remaja ditipu, MyKad ditahan wakil agensi pekerjaan

0

SIBU: Seorang remaja lelaki mengesyaki dia ditipu seorang wakil agensi pekerjaan yang menahan MyKadnya yang tidak dikembalikan sehingga sekarang.

Pada jam 9.50 pagi Jumaat lalu, pengadu, yang berusia 19 tahun berjumpa dengan seorang wakil agensi yang dikenali sebagai Christina Ong di sebuah kedai kopi di bandar ini untuk berbincang mengenai permohonan pekerjaan di Semenanjung Malaysia.

Pengadu memberitahu, dia telah menyerahkan kad pengenalan dan wang tunai sejumlah RM160 sebagai bayaran cop di mahkamah selepas menandatangani surat akuan sebagaimana diarah wakil berkenaan.

Memandangkan tawaran yang dijanjikan wakil pekerjaan tersebut agak menarik termasuk kos perbelanjaan sejumlah RM1,200 akan dikeluarkan dahulu oleh syarikat berkenaan.

Katanya dia dikehendaki menyerahkan MyKad asal kepada majikan tempat kerja dan disimpan selama tiga hingga enam bulan sebagai jaminan sehingga kos per-belanjaan diselesaikan.

Bagaimanapun, wakil agensi pekerjaan tersebut menghilangkan diri sehari selepas pengadu menandatangani surat akuan tersebut.

“Saya cuba menghubungi wakil agensi tersebut di nombor telefon bimbitnya berkali-kali namun gagal mendapat sebarang jawapan,” katanya.

Bimbang MyKadnya di-salahgunakan, pengadu membuat laporan polis di sini semalam.