BMW 3 Series menanti pemenang ‘hole in one’

0

MIRI: Sebuah kereta berjenama BMW 3 Series menanti pemenang ‘hole-in-one’ (Hole 13) pada Kejohanan Dayang Golf Challenge 2014 yang bakal diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club pada 6 dan 7 September depan.

Ia terbuka kepada penggemar sukan golf dengan kelayakan Malaysia Golf Association (MGA), United State Golf Association (USGA) dan National Handicap System (NHS) dengan indeks 21.9 dan ke bawah bagi pemain lelaki manakala indeks 23.2 dan ke bawah bagi pemain wanita.

Penyertaan kategori terbuka terhad kepada 200 pemain termasuk 24 pemain wanita serta berdasarkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’.

Sehubungan itu, penganjur turut menjemput lebih 130 pemain golf jemputan bagi bersama-sama menyertai kejohanan itu.

Format pemainan adalah berdasarkan ‘Individual Stroke Play’ dan bayaran penyertaan adalah RM250.

Pusingan kelayakan dengan kategori terbuka berlangsung pada hari pertama (6 September) dan hari berikutnya diadakan pusingan akhir dan pemain jemputan.

Selain hadiah utama sebuah kereta, pelbagai hadiah menarik turut menanti para pemenang untuk terbuka ‘gross’ (lelaki), terbuka ‘nett’ (lelaki), terbuka ‘nett’ (wanita), jemputan ‘gross’ dan ‘nett’ dan ‘novelty’.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Ogos ini.

Mereka yang berminat menyertai boleh mendaftarkan diri di Eastwood Valley Golf & Country Club atau menghubungi Solomon Koh di talian 012-8793939 bagi keterangan lanjut.

Sementara itu, majlis makan malam dan penyampian hadiah diadakan pada 7 September di Eastwood Valley Ballroom, Eastwood Valley Golf & Country Club pada jam 6.30 petang.