United umum larangan bawa komputer riba, tablet masuk ke dalam stadium

0

LONDON, England: Kelab Manchester United mengumumkan Rabu lepas di mana mereka melarang penyokong kelab membawa komputer riba dan tablet ke dalam Stadium Old Trafford kerana isu keselamatan.

United mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman sesawang rasminya dengan memberitahu penyokong di mana mereka tidak akan dapat membawa sebarang alat elektronik berukuran lebih dari 150mm x 100mm, termasuk komputer riba dan tablet seperti iPad dan iPad mini.

“Selari dengan peraturan di lapangan terbang UK, kami bertindak mengikut kepakaran keselamatan terbaharu,” kata kenyataan.

“Tindakan ini direka untuk memastikan keselamatan berterusan untuk semua penonton.

” United berkata skala kapasiti 75,000 tempat duduk di Old Trafford, yang digelar ‘Teater Impian’ dan juga profail tinggi kelab bermakna Old Trafford berada dalam satu risiko yang ‘unik’.

United juga mahu membina semula pencapaian dalam padang ekoran pencapaian buruk di tangga ketujuh musim lepas dan melantik pengurus baharu, Louis van Gaal selepas memecat David Moyes sebelum akhir musim lepas.

Old Trafford akan memulakan perlawanan musim baharu Liga Perdana Inggeris 2014/2015 menentang Swansea City pada pukul 12.45 tengah hari waktu tempatan Sabtu ini. — AFP