UponAlberts akui masih ada ruang perlu diperbaiki

0

Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pengendali Sarawak, Robert Alberts mahu anak-anak buahnya memantapkan lagi corak permainan jika berhasrat menjadi pesaing utama bagi merebut kejuaraan Piala Ma-laysia musim ini.Sekalipun menarik nafas lega dengan kejayaan meraih tiga mata penuh selepas menundukkan Terengganu (3-2) di Stadium Negeri malam kelmarin, Alberts mengaku masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Sarawak terus mara.

“Pemain perlu lebih bijak dalam mengawal permainan dan me-manfaatkan setiap peluang yang tercipta.

“Melihat pada perlawanan pertama ini, pemain-pemain kita kerap kehilangan bola lantas memberi peluang kepada pasukan lawan menjaringkan gol.

“Ini yang perlu kita perbaiki pada perlawanan akan datang kerana kesilapan mudah mampu membawa padah terutamanya ketika berdepan lawan yang jauh lebih mantap,” katanya mengu-las perlawanan tersebut malam kelmarin.

Pada masa yang sama, Alberts tetap memuji persembahan semua pemainnya dan berharap momen-tum itu dapat dikekalkan pada perlawanan seterusnya.

Bermain dalam keadaan pincang tanpa khidmat dua tonggak, Mua-mer Salibasic dan Hassan Moham-ed tidak menggugat rentak per-mainan Sarawak apabila jentera serangan mereka menggempur kubu Terengganu sebaik wisel dibunyikan.

Stadium Negeri riuh apabila Sarawak dihadiahkan sepakan penalti pada minit ketujuh selepas Rashid Aya dijatuhkan dalam petak penalti.

Penyerang dari Australia, Ryan Alan Griffiths tidak mensia-siakan peluang itu bagi meletakkan Sarawak di hadapan dengan gol pertama.

Pada minit ke-38, Ryan sekali lagi menjadi duri dalam daging Terengganu apabila menyambar hantaran silang Rashid untuk gol kedua Sarawak.

Skuad Ngap Sayot menguku-hkan kedudukan dengan jaringan ketiga hasil sepakan lencong S Chanturu setelah pemain itu bijak memperdaya dua pertahanan Ter-engganu pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Tuan rumah nyata lebih garang pada babak kedua dan hampir me-nambah jaringan pada minit ke-47 sekali lagi menerusi Ryan.

Tertekan dengan asakan Sarawak, Terengganu mem-perkemas permainan dan berjaya merapatkan jaringan menerusi tandukan kencang Mario Karlovic pada minit ke-56.

Jaringan itu menyemarakkan semangat pemain pelawat dan pada minit ke-71, skuad Penyu berjaya menambah satu lagi gol hasil sepakan penalti kapten Zairo Anuar selepas Ismail Faruqi di-jatuhkan oleh Hairol Mokhtar dalam petak penalti.

Sarawak cuba bangkit dan memiliki beberapa peluang ter-baik untuk menambah jaringan namun gagal disudahkan dengan kemas oleh barisan serangan.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan Sarawak menduduki tangga tera-tas Kumpulan B setakat ini.

Sarawak akan menentang Perak di Stadium Ipoh, Perak pada 20 Ogos ini.