29 Jelitawan ke separuh akhir ratu kebudayaan

0

MENAWAN: Gadis-gadis yang bakal berentap di separuh akhir Ratu Kebudayaan Sarawak 2014. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Seramai 29 gadis tempatan pelbagai etnik bakal bersaing di peringkat separuh akhir Ratu Kebudayaan Sarawak 2014 pada 20 September depan di Pusat Beli-Belah The Hills.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Suria Violet Event Management dengan sokongan Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) itu menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 berserta hadiah tajaan, sijil dan kontrak sebagai wakil produk Super White untuk juara.

Pemenang tempat kedua dan ketiga pula masingmasing akan membawa pulang RM2,000 dan RM1,000 berserta sijil penyertaan.

Kesemua peserta yang layak ke separuh akhir daripada 41 orang yang menyertai pertandingan itu semalam akan menjalani sesi latihan bagi melengkapkan diri sebagai persiapan ke separuh akhir nanti.

Antara peserta yang layak ke separuh akhir ialah 10 daripada kaum Melayu iaitu Nurul Anis Fatasha Rofendee, 18, Siti Noraishah Amalina Kaderi, 22, Syarifah Siffa Safiqah Wan Fauzi, 21, Fatin Norathirah Jeffry, 20, Sha Mizan Muridin, 23, Nurlydia Anatashia Safua­nani, 20, Aidelin Molok, 23, Nurhidayah Joret, 23, Khairun­nur Haziqah Jeffrykol, 21, dan Efazira Sabri, 21 tahun.

Empat gadis Bidayuh pula ialah Paula Maylisa Steward Tingi, 25, Alvey John, 22, Hilnishalancie Saen, 21, dan Rasanah Aziz, 21 tahun.

Selain itu, 12 gadis Iban turut layak ke separuh akhir dibarisi Helina Sarani Saba, 26, Clara Premy Daniel, 22, Sapphira Elisha, 20, Avey Diana Sain, 20, Josephine Jelawat James Jimmy, 23, Melanie Tengku, 24, Nur Effa Fazila Adenan, 19, Maria Madelina Sujie, 18, Lorna Inee Bayang, 26, dan Prescilla, 24, Charoline Meza Munan, 23, dan Helen Leheny, 22.

Sementara itu, seorang wakil tunggal dari etnik Kenyah Querice Ling Diu juga terse­narai dalam peserta yang layak ke separuh akhir, di samping seorang gadis kacukan Iban Melayu, Siti Noraishah Amalina Kaderi, 22.

Untuk memeriahkan majlis separuh akhir itu nanti, orang ramai dipelawa hadir untuk menyaksikannya dengan mem­beli tiket berharga RM35 yang dijual berserta jamuan petang.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Ida menerusi talian 016-8993770 atau Dara 016-8925102.