221 peserta berentap Larian Sarawak Cergas 2014

0

MARUDI: Seramai 221 peserta mengambil bahagian pada Larian Sarawak Cergas Fun Run 2014 bermula dan berakhir di Dewan Suarah Baram kelmarin.

Pelepasan peserta dilakukan Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Pertanian (Pertubuhan Peladang), Datuk Sylvester Entri Muran.

Acara tersebut dianjurkan SABERKAS Daerah Marudi menarik ramai penonton membanjiri Dewan Suarah sejak awal pagi tetapi peserta yang menyertai pertandingan hanya sedikit sahaja.

Larian tersebut dibahagi kepada enam ketogeri iaitu Lelaki Terbuka 8km (seramai 104 orang), Wanita Terbuka 8km (53 orang), 3K Family Walk disertai 18 kumpulan, Leisure Walk 1KM disertai lapan orang kenamaan iaitu Sylvester, Pegawai Daerah Baram Mackos Sibong, Pegawai Penerangan Marudi Joseph James, Franky Tanggai dari NIPPON, Pemanca Ngah Nuga, Penghulu Ayub dan Ketua Kaum Izahar Taha.

Sementara Lelaki Veteran disertai 27 peserta dan Wanita Veteran hanya 11 peserta.

Kecuali kategori Leisure Walk sahaja yang diberikan medal manakala kategori lain adalah dipertandingkan.

Tempat pertama bagi semua kategori ialah hadiah wang tunai RM700, kedua (RM500) dan ketiga (RM300).

Manakala tempat keempat hingga ke-10 sagu hati membawa hadiah wang tunai RM50 seorang.

Sementara itu, pemenang bagi kategori Lelaki Terbuka ialah Jimmy Akil, kedua Dennis Chan dan ketiga Ramles Jimbai.

Kategori Wanita Terbuka, pertama Juliana Bulan, kedua Chelsea Chlipot dan ketika Nur Shamira.

Kategori 3K Family Walk, tempat pertama hingga ketiga, semuanya disapu bersih oleh kumpulan SMK Marudi.

Kategori Lelaki Veteran dimenangi oleh Lee Kim Hing, kedua Liew Joon Kien dan ketiga Wong Siew Ming.

Wanita Veteran dimenangi Kon Ley Ngik, kedua Lee Nyuk Fung dan ketiga Yong Mee Lang.

Turut diadakan persembahan poco-poco yang dicadangkan oleh Sylvester dan setiap pasukan dihadiahkan dengan wang tunai RM50 masing- masingnya.