Jangan biar pergolakan seperti di Timur Tengah menimpa rakyat: Raja Perlis

0

BERSIDANG: Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) berkenan menerima teks titah ucapan perasmian daripada Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (kiri) pada pembukaan penggal Persidangan Kedua DUN Perlis Yang Ketiga Belas di Kompleks DUN dekat Kangar semalam. Berangkat sama Tuanku Fauziah (dua kanan). — Gambar Bernama

KANGAR: Raja Perlis Tuan-ku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail semalam bertitah bahawa baginda tidak mahu melihat pergolakan seperti berlaku di Timur Tengah dan lain-lain negara me-nimpa rakyat negeri ini.

Baginda menyatakan duka-cita kerana terdapat se-gelintir rakyat Perlis yang tidak bertanggungjawab menjadi punca perpecahan dalam masyarakat.

Kelompok tersebut tidak prihatin hingga ungkapan dan perbuatan mereka boleh menghalang suasana harmoni dan perpecahan kaum, ujar baginda.

“Kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada masalah ini agar tidak menjadi barah.

“Pendekatan yang wajar adalah melalui program-program yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Perlis di sini.

Berangkat sama Raja Pe-rempuan Perlis Tuanku Fau-ziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Sirajuddin turut menzahir dan me-rakamkan perasaan amat dukacita dan terharu dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pada 17 Julai lepas.

“Beta mengucapkan tak-ziah dan simpati yang amat mendalam kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa. Diharapkan mereka terus cekal dan tabah menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini.

“Jangan lupa tragedi MH370 ….Beta harap tragedi ini mengajar kita tentang makna kehilangan, perpaduan dan kesabaran,” titah baginda.

Mengenai pembangunan, baginda gembira kerana Perlis memenuhi sebahagian besar indikator utama ber-asaskan piawaian antarabangsa untuk diiktiraf sebagai negeri maju.

“Dalam hubungan ini beta ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam yang bekerja keras dan ikhlas membantu menjayakan cita-cita ini dan berharap agar usaha ini dipertingkatkan bagi memastikan Visi Perlis Maju 2015 tercapai,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin mengingatkan agar program-program pembangunan yang dirancang disiapkan mengikut jadual.

Baginda mahu konsep persyarikatan Malaysia dilaksanakan secara lebih bersepadu untuk pembangunan ekonomi yang lebih mapan.

Kerajaan negeri juga harus berusaha lebih gigih menarik pelaburan asing dan swasta untuk melabur dan menjadi pemangkin pembangunan Perlis, titah baginda.

Baginda menyambut baik perancangan kerajaan ne-geri untuk mengubah landskap ekonominya termasuk pembukaan kawasan pertumbuhan baru di Lembah Chuping, bandar maritim Kuala Perlis serta pembangunan semula Sungai Perlis dan produk-produk pelancongan di negeri ini. — Bernama