Perlumbaan perahu Jong kembali kocak Tasik Biru

0

BAU: Perlumbaan perahu Jong tahun ini akan yang diadakan sempena Festival Tasik Biru bakal menampilkan format baharu untuk menentukan pemenangpemenangnya.

Semasa festival tahun lalu acara perlumbaan perahu Jong atau perahu mini dengan layar tidak diadakan kerana kekangan masa dan kewangan dihadapi penganjur.

Pegawai Daerah Bau merangkap pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Tasik Biru, Inting Nyami berkata perlumbaan perahu Jong akan kembali dianjurkan atas permintaan tinggi daripada peminat sukan tradisional mayarakat Bau itu.

“Tambahan pula kami sudah bersedia menghoskannya tahun ini. Kami berharap penyertaan akan bertambah berbanding sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya, pemenang kategori-kategori dipertandingkan kali ini akan ditentukan berdasarkan rekod masa terbaik dicatatkan oleh setiap perahu.

Sebelum ini, pemenangpemenang hanya ditentukan berdasarkan perahu yang pertama sampai ke garisan penamat.

“Kami menerima banyak aduan berhubung rasa tidak puas hari pemenang dengan keputusan pengadil. Ada yang mengadu mengenai faktor angin, keadaan air dan sebagaiya.

“Kami berharap pengenalan format baharu ini akan mengembirakan semua pihak khasnya para peserta,” katanya.

Festival Tasik Biru yang sebelum ini dikenali Festival (perahu) Jong Bau akan diadakan pada 23 dan 24 Ogos ini di Tasik Biru, Bau.

Selain perlumbaan perahu Jong, beberapa aktiviti lain akan diadakan sepanjang festival berlangsung.