UNIMAS dan UMS anjur Persidangan Perniagaan Antarabangsa Borneo

0

KUCHING: Fakulti Eko-nomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerja-sama Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Persidangan Perniagaan Antarabangsa Borneo (IBBC) selama dua hari di Hotel Riverside Majestic di sini bermula semalam.

Naib Canselor UNIMAS Profsor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata,  persidangan dua tahun sekali itu merupakan yang keenam sejak ia mula di-anjurkan pada 2004.

Jelasnya, sejak beberapa tahun lepas, IBBC telah berkembang secara positif dan pada persidangan kali ini, hampir 200 peserta telah mengambil bahagian, terdiri daripada pelbagai latar belakang penyeli-dikan dan negara seperti Indonesia, India, Pakistan, Korea Selatan, Taiwan, China dan Malaysia.

“Persidangan ini me-rupakan kesinambungan tradisi bagi mempromosi-kan penyelidikan dalam disiplin ekonomi dan perniagaan.

“Ia berfungsi sebagai forum dan platform untuk ahli akademik dan pengamal industri dengan objektif utama untuk me-ngumpul dan menyebarkan penyelidikan semasa yang berkaitan dengan tema persidangan iaitu ‘Transformasi Ekonomi dan Perniagaan Global’,” katanya.

Justeru, beliau berharap persidangan itu dapat menjadi medan perkongsian maklumat antara delegasi termasuk kerajaan Sarawak yang ekonominya semakin kukuh hari ini.

Terdahulu, majlis pe-rasmian persidangan itu telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Prosiding persidangan itu telah menghimpunkan hampir 200 kertas kerja penyelidikan dan 34 sesi berjalan serentak mengikut tema penyelidikan yang berkaitan seperti Perakaunan, Perbankan dan Kewangan, Gelagat Pengguna, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Alam Sekitar, Keusahawanan, Etika dan Tadbir Urus Korporat.

Selain itu, Ekonomi Ke-wangan, Pembangunan Sumber Manusia, Ekonomi dan Kewangan Islam, Mikroekonomi, Makro-ekonomi, Pemasaran, Per-usahaan Kecil Sederhana, Inovasi Tanggungjawab Penyelidikan, Pelanco-ngan dan Hospitaliti dan Kualiti & Produktiviti.

Pada akhir persidangan, sembilan kertas kerja terbaik akan diumum dan pemenang akan dijemput untuk mengemukakan manuskrip bagi tujuan penerbitan dalam International Journal of Business and Society (SCOPUS), Asian Academy Management Journal of Accoun-ting and Finance (SCOPUS), Jurnal Kinabalu, BIMP-EAGA Journal for Sustainable Tourism Deve-lopment dan Journal of BIMP-EAGA Regional Development.