Kumpul dana, SMK Kanowit anjur Larian Jogaton

0

KANOWIT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit menganjurkan Larian Jogaton, barubaru ini.

Acara larian telah disertai oleh warga SMK Kanowit termasuk guru-guru, kakitangan sokongan, pelajar sekolah dan orang ramai.

Sebanyak enam kategori larian iaitu kategori lelaki dan perempuan bawah 15 dan 18 tahun dan kategori lelaki dan wanita terbuka.

Tujuan larian diadakan bagi mengumpul dana untuk membiayai kos kemudahan di sekolah terbabit seperti pembinaan dewan terbuka.

Selain itu, dana dikumpul juga akan digunakan untuk membeli bahan-bahan pendidikan untuk para pelajar di sekolah.

Majlis penutupan larian tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri, Maurice Giri.