Lelaki dikhuatiri patah tulang kaki kanan selepas terlibat kemalangan

0

KUCHING: Seorang lelaki dikhuatiri patah tulang kaki kanannya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari kerja awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 20 tahun, semasa kejadian di-katakan menuju ke rumahnya di Taman Puteri apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Demak, Petra Jaya, di sini sekitar jam 2 pagi.

Mangsa yang seorang diri ketika itu tercampak dari atas motosikalnya sehingga menyebabkan kecederaan selain turut dikhuatiri meng-alami patah tulang kaki kiri.

Penduduk di kawasan ber-kenaan yang menyedari kemalangan tersebut segera membantu mangsa selain turut menghubungi pihak ambulans.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan.

Sementara dalam satu kejadian berasingan, seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Lundu dekat sini, parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah van awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 18 tahun, semasa kejadian di-katakan dalam perjalanan menuju ke sekolahnya apabila sebuah van melanggar motosikalnya menyebabkan dia tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Lundu selepas itu, bagaimanapun dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut ekoran kecederaan yang dialaminya.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HUS.