Ngap Sayot tetap bersemangat

0

Oleh Harry Ilias

Ngap Sayot tetap bersemangat

Alberts tuntut pemain-pemain tidak mensia-siakan peluang raih tiga mata malam ini

KUCHING: Kekalahan 2-0 di tangan Perak pada pertemuan di Ipoh, malam Rabu lalu tidak mema-tahkan semangat Ngap Sayot untuk memburu slot ke suku akhir pada kempen Piala Malaysia musim ini.

Malah, Ketua Jurulatihnya, Robert Alberts menuntut semua pemain agar tidak mensia-siakan peluang meraih tiga mata berharga ketika melayan kunjungan Kedah pada perlawanan ketiga Kumpu-lan B di Stadium Negeri, di sini malam ini.

Ditemui pada sesi latihan semalam, jurulatih dari Belanda itu mahu anak-anak buahnya men-ingkatkan corak permainan terutama di posisi serangan yang jelas tumpul ketika mereka tewas di Perak Rabu lalu.

“Jentera serangan perlu lebih tajam dan krea-tif dalam merangka gerakan untuk menjaring-kan gol. Kita kehilangan faktor tersebut ketika menentang Perak dan saya mahu semua pemain kembali mempamerkan permainan yang lebih meyakinkan,” katanya.

Beliau berkata, barisan pertahanan juga harus lebih berhati-hati dan berkomunikasi dengan baik bagi mengelak dibolosi dengan mudah pihak lawan.

Alberts turut menegaskan kepada pemain-pe-mainnya agar tidak memandang rendah keupayaan Kedah meskipun skuad itu berada pada kedudukan tercorot ketika ini.

Tegasnya, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu tetap dilihat memberi ancaman besar kepada Sarawak dan mampu menjejaskan impian mereka melangkah ke pusingan seterusnya jika tidak dikekang dengan baik.

Sarawak dijangka menurunkan Lot Abu Has-san dalam kesebelasan utama setelah pemain itu bermain dengan cemerlang di bahagian tengah bagi mengkucar-kacirkan pertahanan Perak.

Sementara itu, pemain lincah Ramesh Lai turut menambah tonik di barisan pertahanan apabila mula menjalani latihan dan mungkin akan kem-bali digandingkan bersama Gabor Gyepes, Ronny Harun dan Hairol Mokhtar.

Sementara Ryan Alan Griffiths dan Joseph Kalang Tie sekali lagi digalaskan tugas untuk merobek gawang Kedah sambil dibantu S Chanturu dan Rashid Aya.

Barisan ke-mungkinan Sarawak yang bakal diturunkan malam ini ialah Joseph Kalang Tie, Ryan Alan Griffiths, Rashid Aya, S Chanturu, Junior Eldstal, Lot Abu Hassan, Gabor Gyepes, Ronny Harun, Ramesh Lai, Hairol Mokhtar dan Sani Anuar Kamsa-ni.