PMS memberi nafas baharu kepada sukan tempur

0

KUCHING: Penubuhan semula Persatuan Muaythai Sarawak (PMS) memberi nafas baharu kepada sukan tempur yang semakin di-minati oleh masyarakat di negeri ini.

Presidennya, Jumaat Ibra-him melahirkan rasa syukur dengan penubuhan semula PMS oleh Pesuruhjaya Su-kan Sarawak (PSS) dan ber-janji akan melaksanakan tugas dengan baik dalam membawa sukan itu ke tahap lebih tinggi masa akan datang.

“Kita sangat gembira dan bersyukur kerana ber-jaya mendaftarkan semula PMS yang menjadi landasan penting memajukan sukan muaythai di Sarawak,” ka-tanya semasa merasmikan Kejohanan Muaythai Sarawak Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2014 di Sta-dium Perpaduan, Petra Jaya kelmarin.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Menteri Muda Pembangu-nan Komuniti Datuk Peter Nansian dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Wahap Abang Julai.

“Kejayaan ini berkat nasihat dan sokongan pelbagai pihak.  Bagi PMS, kita akan berusaha sedaya upaya memastikan su-kan ini terus berkembang di sini.” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ke-menterian Pembangunan So-sial (KPS), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Majlis Su-kan Negeri Sarawak (MSNS) yang turut sama memberikan sokongan dalam menganjur-kan kejohanan tersebut.

Jumaat kemudiannya men-giringi Taib merasmikan kejo-hanan dan logo baharu PMS.

Sementara itu, petinju SS Fighters Shafilaluddin Nordin merangkul Piala TYT setelah menumpaskan petinju Kelab Muaythai KPS, Mohd Far-izwan Superjo.

Kemenangan itu memas-tikan beliau membawa pulang piala pusingan dan tali ping-gang kejohanan.

Juara kategori remaja pula dimenangi Zairul Nazizan (SS Fighters) setelah men-gatasi Ayu Azizy Azmi dari Kelab Muaythai Kenyalang (MTK).

Perebutan Piala Pusingan PMK pula berkesudahan den-gan Zahid Haizan dari MTK berjaya merampas kejuaraan dari tangan juara bertahan, Heendrew Lois dari Kelab Muaythai JBL.

Dalam aksi ‘Super Fight’ jemputan antarabangsa, pet-inju Malaysia dari Miri, Trevor Salang menggamatkan stadium dengan menampilkan persembahan menghiburkan ketika menewaskan petinju Indonesia, Egi Rozten.

Sementara satu lagi saingan menyaksikan petinju Thai-land, Karadech Seesombat menumpaskan petinju ne-gara, Muinuddin Kadir untuk muncul naib johan.

Aksi jemputan antara-bangsa terus rancak dengan menyaksikan giliran petinju dari New Zealand, Max ‘k- 1’ Emmet menang ke atas Basri Bukhari dari W Fight Penang.

Ini disusuli dengan keme-nangan seorang lagi wakil Thailand, Samai Intasri (Joy) yang mengatasi wakil tuan rumah, Azuan Che Wil.