Wanita diragut depan pejabat

0

KUCHING: Permulaan hari yang menye­dihkan bagi seorang wanita yang baharu tiba di pejabatnya apabila dia diragut dua lelaki di Pending di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa 40-an, sema­sa kejadian baharu melangkah keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pejabatnya yang terletak hanya beberapa meter di hadapannya sekitar jam 7 pagi.

Difahamkan, dua lelaki tidak dike­nali menaiki sebuah motosikal telah mendekatinya sebelum seorang dari­padanya bertindak meragut beg tangan­nya.

“Mangsa yang masih terpinga-pinga se­lepas beg tangannya diragut, tidak sempat untuk membuat apa-apa dan kedua-dua suspek terus melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Antara yang terkandung di dalam beg tangan mangsa ialah wang tunai RM300, telefon pintar dan beberapa dokumen peribadi.

Mangsa kemudian dikatakan telah pergi ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai insiden tersebut.