Ayuh Sarawak bangkit!

0

Oleh Harry Ilias

Berdepan Kedah, Ngap Sayot perlu menang buka ruang mara ke suku akhir Piala Malaysia

KUCHING: Pengendali Sarawak Robert Alberts menggesa anakanak buahnya agar bangkit dari aksi hambar selepas tewas mengejut 1-2 di tangan Kedah pada perlawanan Piala Malaysia 2014 di Stadium Negeri minggu lepas.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula di Stadium Darul Aman malam ini dengan Sarawak pe r lu mencatatkan kemenangan bagi membuka semula peluang mereka untuk mara ke suku akhir.

“Saya tahu kita bakal berdepan tugas berat di tempat lawan namun kita tiada pilihan melainkan perlu membawa pulang tiga mata penuh untuk membuka semula peluang mara ke suku akhir,” katanya semalam.

Justeru, jurulat ih Belanda itu menggesa anak-anak buahnya agar memperbaiki corak permainan yang jelas hambar dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Kita tidak bermain seperti biasa dan pemain seakan tertekan hingga hilang punca.

Ini perlu dikikis bagi mengelak kita dihampakan lagi.”

Tambahnya, pemain tidak boleh menggunakan alasan jadual ketat punca aksi hambar kerana pasukan lain juga mengharungi jadual sama.

Sarawak bakal turun tanpa pemain pertahanan Ramesh Lai Ban Huat yang cedera dan tempat beliau akan digantikan oleh Mazwandy Zakeria.

Manakala seorang lagi pertahanan Mafry Balang dijangka diturunkan semula.

Sarawak hanya mengumpul tiga mata setelah menamatkan saingan pusingan pertama dengan sekali menang dan dua kekalahan.