Remaja hamil enam bulan, polis buru lelaki

0

SIBU: Polis sedang menjejaki seorang lelaki berbangsa Iban untuk membantu siasatan berhubung kes seorang re-maja perempuan bawah umur yang didapati mengandung enam bulan.

Menurut sumber polis, remaja tersebut berumur 15 tahun dan berasal dari sebuah panjang di Jalan Nibong-Tada dekat sini.

Difahamkan, mangsa yang tidak bersekolah sejak darjah enam tinggal bersama kelu-arga di sebuah rumah sewa di Jalan Lai Chee.

Sebelum ini, mangsa telah dihantar oleh bapanya ke Hospital Sibu selepas men-gadu sakit perut pada 24 Ogos lalu.

Bagaimanapun, remaja tersebut disahkan mengand-ung enam bulan oleh dok-tor.

Difahamkan, suspek eng-gan mengaku perbuatannya, walaupun mangsa pasti dia (suspek) sahaja yang pernah melakukan hubungan seks bersamanya.

Polis yang menerima mak-lumat bertindak menjejaki suspek petang Ahad lalu, namun tiada tangkapan di-lakukan sehingga berita ini ditulis.

Kali terakhir suspek be-rada di rumah sewanya di Jalan Lai Chee ialah semasa dia mengambil motosikal dan meminta wang daripada ibunya malam kelmarin.