Murid dicabul tukang kebun

0

KUCHING: Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas mendapat tahu anak perempuannya yang berusia 12 tahun telah dicabul oleh tukang kebun sekolah.

Wanita berusia 38 tahun itu baharu mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh pihak sekolah pada Selasa lepas.

Menurut sumber, insiden dilaporkan berlaku pada Jun lepas iaitu pada waktu rehat apabila suspek dikatakan memanggil mangsa yang belajar dalam darjah enam masuk ke dalam sebuah stor.

“Di situ, suspek dikatakan telah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa selain turut meraba buah dada mangsa dan mengugutnya agar tidak menceritakan perkara tersebut kepada orang lain sebelum membenarkannya keluar dari stor berkenaan,” kata sumber.

Mangsa bagaimanapun telah menceritakan perkara tersebut kepada rakannya yang kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

Mangsa difahamkan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.