Penjaga premis judi siber dicekup

0

LIMBANG: Seorang lelaki dipercayai penjaga premis perjudian siber dicekup sepasukan polis dalam operasi Ops Dadu di tingkat satu, Sungai Kudong di sini malam kelmarin.

Dalam operasi jam 10 malam itu, lelaki berbangsa Iban berusia 24 tahun, ditahan dan sebanyak lima unit komputer serta perkakas yang mengandungi perisian judi siber dirampas termasuk wang tunai RM102.

Operasi dijalankan sepasukan polis diketuai Inspektor Kantharuban Rajoo.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

BANTERAS: Sebuah premis perjudian di kawasan Sungai Kudong, Limbang diserbu polis malam kelmarin.