Suspek rogol anak direman

0

KUCHING: Seorang buruh binaan yang disyaki merogol anaknya berusia lima tahun telah dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Suspek yang berusia 30-an dari Lundu itu ditahan di balai polis sehingga 3 September bagi melengkapkan dokumen siastan.

Dia ditahan di kampungnya ekoran laporan polis yang dibuat isterinya, yang dikatakan menyedari tingkah laku luar biasa anak perempuannya sebelum diberitahu mengenai dakwaan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol bawah umur.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang pelajar sekolah dikenakan tahanan polis selama tujuh hari bagi membantu siasatan dalam kes rogol bawah umur.

Pelajar berusia 14 tahun itu disyaki mengadakan persetubuhan dengan teman wanitanya yang bawah umur dan dua tahun lebih muda daripada suspek.

Dia telah ditahan oleh polis di rumahnya di Matang pada malam Selasa lepas ekoran daripada laporan polis yang dibuat oleh ibu saudara mangsa.

Wanita berkenaan memberitahu polis bahawa anak saudaranya itu telah keluar dari rumah mereka di Bintawa dan mengikuti teman lelakinya pada waktu malam.

Mengesyaki suspek berkenaan telah menjalin hubungan seksual dengan anak saudaranya yang bawah umur, pengadu segera pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Perintah remah suspek berakhir pada 3 September.