Suspek rompak berkumpulan direman bantu siasatan

0

KUCHING: Dua suspek rompak berkumpulan yang ditahan selepas maklumat jenayah disebarkan oleh pengguna-pengguna Facebook ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Pendaftar Mahkamah Aida Montong membenarkan pemohonan perintah reman yang dibuat oleh pegawai penyiasat polis selepas suspek-suspek ditangkap pada Selasa lalu.

Perintah reman berakhir esok (Jumaat).

Suspek-suspek ditahan polis selepas maklumat mengenai dua lelaki dalam sebuah van yang didakwa cuba melakukan rompakan tersebar luas di media sosial.

Supek berumur 30 dan 40 tahun itu ditangkap sekitar jam 11 pagi di Jalan Sherip Masahor dan turut dirampas daripada mereka ialah sebuah van yang pernah dilaporkan hilang.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 411, Kanun Keseksaan kerana menyimpan kenderaan curi.